Menyayat hati, ibu dan anak maut bersama

Oleh MHDAILY

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan ibunya maut digilis lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan 4/3a – 6/3a Pusat Bandar Utara berdekatan Pasar Borong Selayang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Harisa Kassim, 4, membonceng motosikal Honda NF100 ditunggang ibunya Shahidah Tuaher, 34.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dua beranak itu maut serta-merta di tempat kejadian selepas digilis di bahagian perut.

Baca Artikel Penuh