Menteri Kewangan sahkan kerajaan mewarisi hutang lebih dari RM1 trillion

Oleh MHDAILY

Putrajaya hari ini mempertahankan langkahnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin Covid-19, kerana ketika ini kerajaan tidak memiliki pilihan simpanan lain akibat tanggungan hutang berkaitan skandal 1MDB.

Menteri kewangan berkata kerajaan telah mewarisi lebih dari RM1 trillion pinjaman dan liabiliti yang turut berkaitan 1MDB di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

“Sebagai contoh, obligasi 1MDB sebanyak RM 40 bilion cukup untuk membayar kos vaksin sebanyak 8 kali ganda,” katanya dalam respons terhadap pengkritik yang mempertikaikan langkah kerajaan menggunakan dana KWAN untuk membiayai Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan.

Baca Artikel Penuh