Menitis air mata Aliff Syukri bila diumum pembayar zakat Selangor terbesar

Oleh MHDAILY

Menitis air mata Aliff Syukri bila diumum pembayar zakat Selangor terbesar. Datuk Aliff Syukri yang juga usahawan kosmetik ternama hari ini diberikan penghormatan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila menjadi salah seorang pembayar zakat tertinggi dengan nilai menghampiri RM 1 juta.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras.” tulisnya.

Pengumuman itu dimuat naik dalam Instagram miliknya dan kelihatan dia menangis kegembiraan kerana ia merupakan salah satu impiannya yang tercapai.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Dalam posting tersebut, dia menyatakan pembayaran zakat itu merupakan hasil daripada perniagaannya iaitu D’Herbs Holdings (kosmetik dan kesihatan), AS Hijab (tudung) serta Sugeh Eco Resort (peranginan).

Selain itu, Aliff Syukri juga berharap agar ramai lagi yang mendoakan kejayaannya dalam bidang perniagaan supaya dia dapat memberi lebih lagi kepada yang memerlukan.

Menitis air mata Aliff Syukri bila diumum pembayar zakat Selangor terbesar

“Saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yg memerlukan” tulisnya.

BACA:

Aeril kantoikan identiti sebenar Sultan Pemurah, kelam-kabut ‘end live’ lepastu

Baju ‘kayangan’ PM jadi perdebatan netizen lagi, kali ini kemeja putih Burberry pula

Mengejutkan! 1.2 Juta warga China rupanya masih belum keluar dari Malaysia