Mengapa Adly perlu jadi antara pemimpin harapan kita?

Ralik dengar ceramah politik bekas Adly Zahari yang dipancar secara langsung dalam Fb malam ini. Banyak perkara yang beliau singgung secara ringkas yang menyentuh beberapa isu kontemporari yang menjadi sebutan kini.

Tidak membazir mengikut ceramah beliau. Banyak pencerahan dan idea-idea menarik yang jarang diungkapkan oleh tokoh politik separtinya yang lain. Tidak salah kalau saya meletakkan Azly adalah pemimpin masa depan dalam Parti Amanah Negara. Adly bukan bercakap politik merapu penuh emosi, tetapi sarat dengan nilai dan fakta berbobot.

Antara yang dapat saya kutip dari ceramahnya sekejap tadi, beliau menyebut beberapa asas yang menjadi topik yang beliau singgung, politik, sosial, agama, coronavirus, pentadibiran, darurat dan kerajaan PN.

Kerajaan PN dilaungkan sebagai kerajaan Melayu dan Islam menurutnya relatif gagal kerana kerajaan itu masih gagal membela nasib orang Melayu dan agamanya. Belum ada jalur jelas yang Islam diperjuangkan oleh kerajaan menggunakan slogan Melayu Islam itu. Beliau memberi contoh kegagalan menyelaraskan peraturan dan hal ehwal Islam seperti menyelaraskan peraturan solat Jemaah di era Covid antara buktinya.

Peranan menteri agama tidak menonjol dan berfungsi untuk menyelaraskan perkara ini. Menteri agama seperti mahu bertindak menjadi menteri menjaga kebajikan walhal tugas dan skopnya lebih luas daripada itu. Di sini menunjukkan individu yang ditempatkan dikerusi itu tidak memahami tanggungjawab mereka dan ini kegagalan kerajaan PN.

Mengenai pengisytiharan darurat, Adly berpendapat ia adalah tanda atau asas jelas menunjukkan kerajaan PN yang sudah hampir setahun gagal. Asas jelas kegagalan kerajaan pimpinan Muhyiddin ini apabila beliau gagal menstabilkan kerajaanya. Keruncingan majoriti hari ini membuktikan akan ketidak stabilan kerajaan PN.

Bertolak dari kegagalan itu beliau minat Muhyiddin berjiwa besar dan bertanggungjawab. Tanggungjawab terbaik ialah dengan meletak jawatan.

Ceramah Adly boleh dijadikan kuliah siasah mingguan yang perlu dan wajib dihayati oleh ahli parti Amanah khasnya kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat pengurusan dan pentadbiran sesuai dengan beliau bekas Ketua Menteri Melaka 22 bulan yang dikira berjaya. Trims.

Sumber :