Melaka pula sedia tutup bazar Ramadan, Aidilfitri

Oleh MHDAILY

Kerajaan negeri akan membatalkan operasi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri sekiranya penganjur gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, SOP perlu diberi perhatian serius dan diperketatkan bagi memastikan tiada penularan kes pandemik Covid-19, seterusnya peniaga dapat menjana pendapatan dalam norma baharu.

Menurut, sekiranya terdapat SOP yang longgar, ia perlu diperkemaskan dan menggunakan kebenaran yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan sebaiknya agar kebenaran beroperasi itu tidak ditarik balik.

Baca Artikel Penuh