Mat Sabu buat hal di Sarawak! Apa yang dia buat bakal bangkit kemarahan orang Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) optimis bahawa Sarawak akan menjadi pengeksport beras utama negara pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, yakin dengan kejayaan ini susulan kesungguhan dan keagresifan Kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri padi dan beras di negeri tersebut.

Mohamad juga mengiktiraf keyakinannya bahawa Sarawak mampu menjadi negeri pengeluar beras utama kedua negara selepas Kedah.
“Keazaman Sarawak pada suatu hari nanti, dalam tempoh tidak lama dari sekarang, mereka akan mampu menjadi pengeksport beras. I
ni merupakan kesungguhan Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, di mana kita akan bekerjasama untuk menjayakan perancangan negeri terutamanya dalam bidang padi,” katanya.
Beliau membuat kenyataan ini selepas melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.
Mohamad menambah bahawa kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam perkongsian teknologi dalam bidang pertanian.
“Kerjasama ini juga termasuk pengairan di sawah padi yang melibatkan pandangan pesawah dan petani, kerana ini merupakan perbelanjaan besar dan tanggungjawab bersama,” katanya.
Sarawak kini menyumbang 6.5 peratus daripada pengeluaran beras negara, berbanding Kedah yang menyumbang 36.6 peratus.
Dalam perkembangan lain, Abang Johari juga menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pustaka Negeri Sarawak.