Masa untuk Umno, Pas dan Bersatu bergerak solo : Buktikan kekuatan parti masing-masing

Oleh MHDAILY

UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal berdepan masalah untuk mendapatkan sokongan padu pengundi Melayu sekiranya masing-masing bergerak sendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tanpa kerjasama sebagai satu gabungan, ketiga-tiga parti yang mempunyai penyokong tersendiri dalam kalangan orang Melayu itu mungkin bertembung sesama sendiri sekurang-kurangnya dalam pertandingan tiga penjuru.

Perpecahan undi Melayu itu dijangka menguntungkan parti pembangkang dan pernah dizahirkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bahawa Pakatan Harapan (PH) hanya memerlukan sokongan 15 peratus undi Melayu untuk menang PRU15.

Baca Artikel Penuh