Mana-mana ibubapa kantoi pergi bercuti lepas hantar anak sekolah bakal dikenakan tindakan – Menteri

Oleh MHDAILY

Ibu bapa atau ahli keluarga yang mengambil kesempatan dengan kelonggaran merentas negeri untuk menghantar anak ke pusat pengajian sebaliknya melakukan aktiviti pelancongan akan diambil tindakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ibu bapa perlu bersikap bertanggungjawab dan jujur apabila kerajaan membenarkan mereka melakukan perjalanan merentas negeri tanpa memohon surat daripada polis untuk menghantar anak ke asrama dan pusat pengajian.

“Kita bersetuju membenarkan ibu bapa melakukan perjalanan merentas negeri untuk menghantar anak ke asrama tanpa perlu memohon kebenaran surat polis, sebaliknya cukup sekadar surat kemasukan tempat belajar. Bagi mereka yang tinggal jauh mungkin tidak sempat untuk pulang hari sama juga dibenarkan bermalam bagi menyelesaikan urusan kemasukan anak-anak.

Baca Artikel Penuh