Lembah Klang bakal beralih ke fasa 2

Lembah Klang bakal beralih ke fasa 2.Jangkitan harian kes Covid-19 di Lembah Klang buat pertama kalinya se­­jak Mei lalu turun daripada 8,000 hingga 12,000 kes sehari kepada 2,524 semalam.

Selangor yang merekodkan jang­kitan harian paling tinggi dengan 7,654 kes sebelum ini men­catat 2,126 kes semalam, Kuala Lumpur 398 kes, diikuti Put­rajaya 23 kes.

Ini petanda baik Lembah Klang bakal beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kali terakhir Selangor mencatat kes harian terendah pada Mei lalu iaitu 2,082 kes, namun angka itu meningkat sejak Julai walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jumlah kes Co­vid-19 di Lembah Klang mula mencatatkan penurunan sejak akhir Ogos lalu selepas kerajaan menggandakan Operasi Lonja­kan Kapasiti Vaksin Covid-19 pa­da 26 Julai lepas sehingga Lem­bah Klang kini mencapai 96.5 peratus.

Bercakap kepada Utusan Ma­lay­sia, Presiden Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, perkembangan terkini itu merupakan petanda positif untuk Lembah Klang ber­alih ke Fasa 2 PPN.

Katanya, Selangor, Kuala Lum­pur dan Putrajaya sudah bersedia beralih fasa seterusnya memandangkan kadar vaksinasi hampir mencapai 100 peratus walaupun jumlah kes penularan pandemik Covid-19 masih tinggi.

Lembah Klang

Tambahnya, kategori kes Co-vid-19 yang dicatatkan boleh dikatakan berbahaya sekiranya jumlah pesakit kategori empat dan lima di negeri-negeri itu masih tinggi.

“Dengan kadar vaksinasi yang tinggi, sememangnya Se­langor, Kuala Lumpur dan Put­rajaya sudah bersedia un­tuk move forward ke fasa se­terusnya. Namun sudah tentu berdasarkan pengalaman kita semua, prosedur operasi stan­dard (SOP) haruslah sentiasa menjadi amalan.

“Walaupun kita belum men­capai jumlah kes sehingga bawah 1,000 setiap hari, namun majoriti pesakit Covid-19 di sini terdiri daripada kategori satu dan dua yang mana kita yakin mereka boleh menjalani pengasingan kendiri di rumah dengan penuh disiplin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr. Kuljit Singh ber­kata, dengan kadar vaksinasi yang tinggi, bermakna rakyat sudah berdisiplin dalam me­lawan Covid-19 dan semangat itu menunjukkan rakyat di tiga kawasan tersebut boleh beralih ke Fasa 2.

“Kita perlu berjaga-jaga supaya kes penularan wabak itu tidak meningkat semula seperti apa yang berlaku bulan lalu tetapi dengan pengalaman itu, kita semua kini lebih peka dan menjaga SOP demi melawan Covid-19.

“Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah berganding bahu untuk menjayakan program vaksinasi, kerana itu kita sudah hampir mencapai 100 peratus kadar vaksinasi di sini.

“Ini menunjukkan kita ber­sedia beralih ke Fasa 2 PPN walaupun jumlah kes masih agak tinggi namun kategori pesakit majoritinya adalah kategori satu atau dua. Walaupun kita beralih ke fasa seterusnya, rakyat kini lebih peka dalam mematuhi SOP,” jelasnya.

Dalam pada itu, kes jang­kitan harian Covid-19 di se­lu­ruh ne­gara semalam turun kepada 17,352 kes dengan 272 kematian berbanding kelmarin keseluruhan kes positif 1,812,187.
Sarawak mencatat jangkitan harian tertinggi dengan 3,714 kes semalam.

Sumber”:

BACA: Panas !!! Umno pula kini dibayangi #KerajaanGagal