Lelaki selamba pijak kolam deepavali dikecam, ‘ni lagi satu manusia bodoh’ – Michael Ang

Lelaki selamba pijak kolam deepavali dikecam, ‘ni lagi satu manusia bodoh’ – Michael Ang

Lelaki selamba pijak kolam deepavali dikecam, ‘ni lagi satu manusia bodoh’ – Michael Ang. Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang memijak hiasan Deepavali atau Kolam di Hospital KPJ Healthcare telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah pengarah terkenal, Michael Ang yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadab.

“Ni Lagi Satu Manusia Bodoh..”

Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, Michael Ang meminta pihak terlibat untuk berhenti melakukan konten yang menghina agama lain.

“Ni lagi satu manusia bodoh. Walaupun nak buat konten jangan la buat konten macam ni. It is in bad taste and very direspectful to other religion.

Lelaki selamba pijak kolam deepavali dikecam, 'ni lagi satu manusia bodoh' - Michael Ang

Orang cakap kita sikit pasal agama kita, kita melenting kaw kaw. Masa you buat konten ni you tak pikir ke apa kaum India akan rasa?.”-Berang Michael

Pihak KPJ Lakukan Siasatan

Dalam pada itu, pihak KPJ Healthcare turut memberikan kenyataan yang menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang bertentangan dengan nilai etika yang ditetapkan.

“Kami telah melakukan siasatan dalam terhadap video tersebut dan tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan kami terlibat.”-Kenyataan KPJ

Dipetik dari Sinar Harian, pihak polis akan memanggil lelaki yang memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau Kolam di Hospital KPJ Healthcare. Jelas Ketua Polis Daerah Klang Utara, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

BACA:

Ziana Zain buka mulut dedah punca cerai dengan suami

Belum ada jutawan sanggup beli, rumah Aurora paling mahal di dunia dijual RM2.2 billion

‘Try hard sangat Mas Idayu tunjuk mesra dengan suami depan kamera’ – netizen

CATEGORIES