Lelaki ini ditangkap curi kambing tapi dakwa nak curi tali je tak tahu kambing ikut sekali undang reaksi netizen

Lelaki ini ditangkap curi kambing tapi dakwa nak curi tali je tak tahu kambing ikut sekali undang reaksi netizen.

Baru-baru ni viral sampai ke sini satu video seorang lelaki Indonesia yang berada dalam keadaan tangan bergari.

Mungkin orang tertanya-tanya kenapa videonya boleh viral sampai macam ni sekali.

Lelaki ini ditangkap curi kambing tapi dakwa nak curi tali je tak tahu kambing ikut sekali undang reaksi netizen

Rupanya sebab jawapan yang diberikan lepas tertangkap mencuri kambing.

Dalam soal siasat bersama polis, lelaki tersebut berikan jawapan yang sebenarnya dia tiada niat pun nak curi kambing tapi hanya nak curi tali.

Tapi tak tahu pula kambing yang diikat menggunakan tali sepanjang 3 meter tu ikut sama.

Itu yang sampai ada polis yang menjerit, “Itu namanya mencuri kambing!” Tapi si lelaki ni tetap berkeras yang dia hanya curi tali bukan kambing.

Aduhai, tak tahulah nak gelak ke nak nangis dengar jawapan dia. Moga polis tu tabah menghadapi ujian ini. Kambing pun macam eh mamat ni. Dia yang curi, salahkan aku yang ikut pulak.

BACA:

‘Meninggal dalam husnul khotimah’, wanita ini temui ajal masa sujud ketika solat sunat

Buat para cikgu dan pensyarah, ini cara mudah kesan penggunaan ChatGPT dalam assignment pelajar