Buat para cikgu dan pensyarah, ini cara mudah kesan penggunaan ChatGPT dalam assignment pelajar

Oleh MHDAILY

Buat para cikgu dan pensyarah, ini cara mudah kesan penggunaan ChatGPT dalam assignment pelajar

Sejak munculnya laporan pelajar menggunakan ChatGPT untuk menyelesaikan tugasan yang diberi,

para pensyarah mula mahu mengetahui cara mengesan penggunaan ChatGPT di dalam tugasan

Buat para cikgu dan pensyarah, ini cara mudah kesan penggunaan ChatGPT dalam assignment pelajar

Hal ini kerana penyalahgunaan ChatGPT ini bukan sahaja tidak telus malah menyukarkan para pensyarah untuk mengetahui tahap pemahaman seseorang pelajar di dalam kelasnya

 

Dalam mengatasi masalah tersebut, para pensyarah boleh mempelajari cara mengesan penggunaan ChatGPT di dalam tugasan menerusi GPTZero.

Untuk makluman, GPTZero merupakan sebuah laman web yang menawarkan servis mengesan teks yang dirangka sama ada dibuat oleh manusia atau kecerdasan buatan. Menariknya, GPTZero ini direka oleh seorang graduan yang menuntut di Princeton University.

HYPE
Beliau mengumumkan aplikasi GPTZero pada bulan Januari 2023 lalu dan kini mempunyai lebih sejuta penguna menerusinya. Difahamkan ia telah direka sebagai satu alat untuk mengesan plagiat menggunakan ChatGPT dikalangan pelajar universiti.

Setelah kita tahu sedikit sebanyak berkenaannya, mari pelajari cara mengesan penggunaan GPTZero menerusi tutorial di bawah.

Cara mengesan penggunaan ChatGPT
1. Lawati laman rasmi GPTZero dengan klik di sini.

2. Kemudian, masukkan teks yang diambil daripada tugasan pada ruangan yang disediakan. Minimum aksara pula haruslah 250 dan ke atas. Selain teks, anda juga boleh menyemak teks berasaskan fail pdf, txt dan docx.

3. Selepas sudah menampal teks pada ruangan tersebut, lalu tanda pada terma dan syarat dan klik pada GET RESULT.

Cara mengesan penggunaan chatgpt

Cara mengesan penggunaan chatgpt
4. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan keputusan sama ada rangka teks yang ditampal itu adalah hasil manusia atau pun kecerdasan buatan. Seperti contoh di bawah, GPTZero berjaya mengesan yang teks disemak itu adalah hasil tulisan sepenuhnya daripada AI.

Cara mengesan penggunaan chatgptCara mengesan penggunaan chatgpt

Untuk makluman, GPTZero ini boleh diakses secara percuma namun dapat versi berbayar yang lengkap dengan beberapa akses ciri tambahan seperti semakan dengan skala yang lebih besar dan sebagainya.

Jadi selepas ini para tenaga pengajar bolehlah melakukan semakan dengan terperinci terhadap tugasan yang diberikan pada pelajar. Dengan ini, masalah plagiat dapat diatasi dengan lebih efektif.

BACA:

“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih, Tidak terbakar, Ada calar-calar pun sikit-sikit.” – Ebit Lew

Gerai ini jual murtabak RM20 sebiji, sekali ini reaksi ‘orang yahudi’ rupanya ada yang lagi mahal dari dia