Lelaki dedah modus operandi Mudir Tahfiz kaut keuntungan berjuta-juta, tunggang agama kutip derma

Oleh MHDAILY

Lelaki dedah modus operandi Mudir Tahfiz kaut keuntungan berjuta-juta, tunggang agama kutip derma. Perasankah kalian awal tahun 2000 hingga skg…org beragama atau bergelar Ustaz kehidupan mereka jauh berbeza dgn guru2 agama sebelum ini. Maksudnya kehidupan mereka penuh kemewahan.

Jika dahulu guru2 agama menaiki basikal, motorsikal atau diambil ke rumah utk ke majlis2 tertentu kini tidak lagi. Rata2 mereka yg popular kini mempunyai Velfire serta driver.
Saya antara insan paling gembira lahir pelbagai sekolah agama terutama pusat2 Tahfiz yg tumbuh bak cendawan. Di Sabah ini byk jugalah yg saya dan rakan2 membantu. Tapi disebalik kemunculan sekolah2 agama ini ada sesuatu yg amat mengecewakan.

Ada antara mereka yg menubuhkan sekolah2 agama ini semata mata utk ‘perniagaan’ mereka. Dlm erti kata lain ada antara mereka tamat pengajian tiada pekerjaan, ada yg tidak mahu makan gaji dan ingin menjadi seperti Mudir mereka mempunyai pusat pengajian agama sendiri dan hidup mewah.

Baca Artikel Penuh