Lelaki dakwa dirinya anak kandung Raja Charles III dan Camilla

Oleh MHDAILY

Lelaki dakwa dirinya anak kandung Raja Charles III dan Camilla. Seorang lelaki mendakwa dirinya adalah anak kepada Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla, selain turut dikatakan pernah menulis surat kepada mendiang Ratu Elizabeth II untuk memohon agar ujian DNA dilaksanakan.

Lelaki tersebut dengan status kerabat diraja yang masih diragui, Simon Dorante-Day telah lama mendakwa bahawa Raja Charles III dan Camilla merupakan ibu bapa kandungnya. Dia juga mengatakan bahawa dirinya sudah ‘dikaburi’ selama beberapa tahun.

Pada awal tahun, Dorante-Day mendakwa bahawa dia menghantar surat kepada mendiang Ratu Elizabeth II untuk meminta baginda memberikan keberanian kepada anak lelakinya untuk mendapatkan ujian DNA. Walau bagaimanapun, surat itu tidak dibalas.

Baca Artikel Penuh