Lebih 1000 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 di Kelantan

Oleh MHDAILY

Seramai 1,078 atau 18% daripada 5,921 pesakit Covid-19 di Kelantan adalah golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin.

Beliau berkata antara daerah yang mencatatkan angka tinggi ialah daerah Kota Bharu yang menjangkau 517 kes, diikuti Pasir Mas (132 kes), serta Tumpat (120 kes), dan perkembangan ini menurutnya agak membimbangkan.

“Orang ramai diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak membawa anak-anak ke tempat awam. Kita juga menasihati ibu bapa yang pulang ke rumah selepas berurusan di luar supaya membersihkan diri sebelum menyentuh atau berinteraksi dengan anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Baca Artikel Penuh