Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki

Oleh MHDAILY

Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki. Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Stanford, ia mendedahkan bahawa Indonesia adalah negara paling malas berjalan kaki di dunia.

Memetik tempo.co, kajian itu menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.

Penyelidik Universiti Stanford menggunakan data minit demi minit daripada 700,000 orang di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi Argus, sebuah aplikasi telefon bimbit yang merekodkan aktiviti pengguna.

Laporan sahkan rakyat Malaysia dan Indonesia paling malas jalan kaki

Baca Artikel Penuh