Waktu jam bekerja seminggu Malaysia dikurangkan 3 jam bermula 1 september

Oleh MHDAILY

Waktu jam bekerja seminggu Malaysia dikurangkan 3 jam bermula 1 september. Seperti apa yang diperkatakan pada pertengahan Jun lalu, jelas berkuat kuasa mulai 1 September kelak, waktu jam bekerja mingguan maksimum Malaysia akan dikurangkan kepada 45 jam, berbanding 48 jam sebelum ini.

Langkah itu menunjukkan berlakunya pengurangan 3 jam dalam waktu jam bekerja mingguan maksimum negara.

Pindaan Akta Kerja 1955 ini telahpun diluluskan di Parlimen pada akhir Mac lalu. Adanya usaha tersebut, ia dijangka dapat meningkatkan produktiviti pasaran buruh Malaysia.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ini bermakna, akta tersebut membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk melaksanakan pekerjaan mengikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi kritikal, sebagai contoh ketika krisis pandemik COVID-19 berlaku.

Dan majikan pula boleh membuat penjadualan jumlah hari bekerja mengikut kesesuaian operasi syarikat masing-masing dengan memastikan jumlah waktu yang ditetapkan.

Waktu jam bekerja seminggu Malaysia dikurangkan 3 jam bermula 1 september

Melalui pindaan ini, ia dijangka akan memadamkan kedudukan Malaysia sebagai antara negara dengan jam kerja mingguan tertinggi di dunia.

Sementara berhubung isu usul 4 hari bekerja pula masih tiada perbincangan dilakukan pada peringkat kementerian, sebarang perubahan akan dikongsikan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.

BACA:

KSN : Kontrak Zuki Ali disambung 2 tahun lagi

Gadis rider cantik ni rupanya lelaki, ramai pemuda patah hati

Lelaki dedah Malakat Mall sunyi sepi, apa dah jadi mall muslim pertama ni?