Krisis politik : TYT Melaka sedang jalani kuarantin kendiri 2 minggu

Oleh MHDAILY

Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang majoriti untuk mentadbir negeri itu.

Setiausaha Khas Yang Dipertua Negeri Melaka Datuk Nur Azmi Ahmad berkata buat masa ini, Tun Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 Sept lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

“Setakat ini tiada surat janji untuk saya persembahkan kepada Tun Mohd Ali,” katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Baca Artikel Penuh