Kes di Sarawak naik kerana kadar keberkesanan vaksin dah turun – Khairy

Penurunan kadar keberkesanan vaksinasi dalam kalangan penerima vaksin di Sarawak mungkin antara punca berlakunya peningkatan kes baharu Covid-19 di negeri itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penduduk di Sarawak antara penerima vaksin terawal tetapi perkara itu masih di peringkat kajian.

Beliau memberitahu, KKM sedang meneliti semua aspek itu termasuk ancaman varian.

Kes di Sarawak naik kerana kadar keberkesanan vaksin dah turun - Khairy

Khairy Jamaludin ketika hadir pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen, pada Isnin. – Foto Bernama

“Kita sedang kaji amaran keberkesanan vaksin, maksudnya kesan vaksinasi itu mungkin sudah mula menurun dan perlu kepada suntikan penggalak untuk golongan tertentu.

“Sebab itu saya sudah umum warga emas di Sarawak contohnya akan ditawarkan dengan dos penggalak bulan ini,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang mahu tahu jika terdapat varian selain Delta yang dikesan di Sarawak kerana berlaku peningkatan kes di negeri itu serta langkah yang dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pihaknya turut meneliti faktor lain seperti pembukaan sektor tertentu dan beberapa bahagian (kawasan) yang lebih awal berbanding negeri-negeri lain.

Tambah Khairy, selain itu kluster di Sarawak yang melibatkan rumah panjang menyukarkan kawalan sekiranya berlaku kes positif.

“Kita melihat kepada segala aspek termasuk varian, jenis vaksin dan lain-lain faktor.

“Kita akan membuat pendekatan yang sepatutnya untuk memastikan kadar jangkitan di Sarawak akan dapat diturunkan,” katanya.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan suntikan penggalak bagi vaksin Covid-19 akan mula diberikan bulan ini kepada penduduk Sarawak yang sudah menerima dua dos suntikan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/165049/KHAS/Covid-19/Kadar-keberkesanan-vaksin-menurun-punca-Covid-19-di-Sarawak-naik

BACA JUGA : Rentas Negeri : 2.4 peratus lagi capai 90 peratus dewasa lengkap vaksin

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Kes di Sarawak naik kerana kadar keberkesanan vaksin dah turun – Khairy […]