Kongsi nombor telefon, Ayob Khan dedah banyak maklumat diperoleh terus dari orang awam

Oleh MHDAILY

Kongsi nombor telefon, Ayob Khan dedah banyak maklumat diperoleh terus dari orang awam. Maklumat awam yang disalurkan penduduk setempat menerusi aplikasi WhatsApp atau surat layang secara terus kepada Ketua Polis Johor membawa kepada kejayaan polis membanteras pelbagai kegiatan jenayah.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beliau tidak kisah nombor peribadinya diketahui ramai selain dihujani mesej yang dihantar individu tidak dikenali dengan pelbagai maklumat dan pemerhatian terhadap aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, setiap maklumat yang diterima itu akan diselidiki dan diberi perhatian oleh beliau sebelum tindakan diambil menerusi ketua polis daerah termasuk mengadakan intipan dan serbuan.

Baca Artikel Penuh