Kluster baharu Covid-19 kini didominasi Kelantan

Kluster komuniti mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster, hari ini, manakala bakinya, kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti melibatkan Kelantan dan Pahang, masing-masing tiga kluster manakala Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu, masing-masing satu kluster.

“Kluster tempat kerja pula, Johor dan Selangor, masing-masing dua kluster manakala Kelantan dan Perak, masing-masing satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan semula kes positif Covid-19 iaitu 11,332 kes berbanding semalam, 10,959 kes sekali gus diatasi 14,160 kes sembuh manakala 986 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 574 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 2,358 kes diikuti Johor (1,319), Selangor (1,231) dan Kelantan (1,088).

“Lapan negeri merekodkan kes tiga angka Sabah (965), Pulau Pinang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677), Terengganu (629), Melaka (303) dan Kuala Lumpur (240).

“Dua negeri dan satu Wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan (89) manakala Perlis dan Putrajaya, masing-masing 19 kes serta Labuan haya tiga kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 87 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 90 kes sebelum ia berubah kepada 107 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan, sebanyak 258 kes berbanding kelmarin, 278 kes menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 25,695 kes.

Sebanyak 75 daripada 258 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,097 kes.

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 56 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), enam kes diikuti Johor (53/20), Kedah (46/7), Kuala Lumpur (25/1), Pulau Pinang (21/13), Sarawak (19/7), Sabah (12/11), Kelantan (5/5), Perak (5/5), Pahang (5/4), Melaka (4/3), Terengganu (4/2), Perlis (2/1) dan Negeri Sembilan (1/1).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/09/kelantan-dominasi-kluster-baharu-covid-19/

BACA JUGA : Pemuda Pas ingatkan Kerajaan Pusat jangan ulangi layanan sama terhadap Kelantan macam dulu