Ketua Pemuda Umno sekolahkan PN, desak jangan mandulkan demokrasi berparlimen

Oleh MHDAILY

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilihat takut atau mahu memandulkan institusi demokasi negara, kata Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki.

Kata Asyraf Wajdi PN akan dilihat takut dan cuba memandulkan demokrasi jika terus enggan mengadakan sidang parlimen seperti yang disarankan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan tidak seharusnya dilihat takut dan cuba untuk memandulkan institusi demokrasi dengan menafikan suara dan mandat rakyat kepada ahli-ahli parlimen untuk berbahas dan membawa isu dan masalah mereka di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca Artikel Penuh