Ketua Menteri terlalu ikut cakap Ab. Rauf punca 4 Adun tarik sokongan

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali didakwa, sering mengikut arahan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebelum membuat sebarang keputusan.

Perkara itu didakwa mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kepimpinan kerajaan negeri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau mendakwa, sikap terlalu bergantung kepada Ab. Rauf, menjadi punca utama empat ADUN kerajaan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Ketua Menteri terlalu ikut cakap Ab. Rauf punca 4 Adun tarik sokongan

NORHIZAM (dari kiri), Idris dan Noor Effandi mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, Melaka. 

Jelasnya, sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Ab. Rauf sepatutnya tidak mencampuri hal urusan pentadbiran kerajaan negeri, dengan mengarahkan Ketua Menteri sepanjang masa.

“Saya tidak marah kepada UMNO, tetapi saya marah kepada pemimpin yang menjejaskan pimpinan kerajaan negeri. Saya juga tiada masalah dengan Sulaiman. Kita ada 10 orang Exco tetapi amat malang bagi sebuah negeri maju seperti Melaka, bila ada dua orang terpaksa membuat satu keputusan.

“Bagi saya Sulaiman amat menghormati rakan-rakan, tapi saya tidak faham apabila Ketua Menteri terpaksa ikut arahan Speaker setiap masa. Bagaimana Speaker boleh duduk di kerusi (Exco) yang kita ada ini? Ini bakal merosakkan keharmonian negeri Melaka,” katanya ketika sidang akhbar di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana di sini hari ini.

Semalam, Idris bersama tiga lagi ADUN iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/sulaiman-ikut-cakap-ab-rauf/

BACA JUGA : Krisis politik Melaka : Ini jawapan Ismail Sabri