Petang tadi saya diberikan screenshot keratan akhbar dari portal Malaysia Dateline yang berbunyi “Rakyat Kelantan guna boring tanpa lesen boleh didenda RM300,000”
Saya tidak tahu apakah motif editor akhbar tersebut. Namun berita tersebut telah mengundang kekeliruan orang ramai. Ramai yang bertanya ingin penjelasan.
Disini ingin saya nyatakan, lesen tersebut hanya perlu dipohon oleh pengguna industri dan komersial sahaja seperti kilang yang mana kita ketahui keperluan air mereka adalah tinggi.
Bagi kegunaan domestik seperti rumah-rumah persendirian, pengguna tidak dikenakan apa-apa caj.
Akta tersebut sebenarnya telah diguna pakai di kebanyakan negeri di Malaysia. Seperti Kedah pada tahun (2008), Selangor (2017) dan lain2 negeri seperti yang dilampirkan.
Kita akui ada kekurangan dalam perbekalan Air Kelantan, namun langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut sedang giat dilaksanakan. Tuan/Puan boleh rujuk melalui facebook Air Kelantan Official mengenai penambah baikan sistem air Kelantan.
Kita juga beruntung kerana Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air merupakan ahli parlimen dari Kelantan (Kubang Kerian). Sudah tentu isu air Kelantan dapat perhatian yang serius dari Menteri tersebut.
InsyaAllah dengan berkat kesabaran dan kerja penambah baikan sistem air Kelantan, diharap rakyat Kelantan dapat menikmati sistem air bersih yang menyeluruh pada masa akan datang.
Sumber: