Sejak semalam, video seorang rider penghantar pesanan ditampar pemilik kedai makan tular di media sosial.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Damansara, Petaling Jaya dan mendapat pelbagia respon daripada warganet.
Video lempang rider foodpanda
Dalam video yang berdurasi 57 saat itu, dapat dilihat rider tersebut ditampar oleh pemilik kedai dan berlaku pertengkaran sehingga dileraikan orang awam.
Menerusi sumber dari laman Facebook Rider Foodpanda Malaysia, video yang diperoleh dari muat naik Facebook Warga Kota Damansara, rider tersebut dipercayai kesal dengan sikap pemilik kedai yang dipercayai menyusahkan rider hingga terpaksa menanti terlalu lama.
Kedai yang menyusahkan rider
Dalam kenyataan yang dibuat seorang pengguna media sosial di laman Facebook Rider Foodpanda Malaysia, dia menjelaskan bahawa pihak kedai telah menyiapkan makanan dengan kadar yang lambat memandangkan pesanan masuk terlalu banyak.
Pihak mereka meminta rider untuk menghantar makanan yang sudah siap terlebih dahulu, namun pihak rider memaklumkan mereka tidak boleh sesuka hati melakukan hal tersebut jika ada makanan yang belum siap disediakan.
Sumber:https://ohmymedia.cc/dipercayai-gagal-siapkan-pesanan-pemilik-kedai-tampar-rider-foodpanda/