Kecoh naik 4 orang satu kereta pula, ini penjelasan Neelofa

Belum selesai isu selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor mengenakan niqab tanpa mengenakan pelitup muka, kini dia dituduh netizen melanggar prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan pula.

Netizen mendakwa terdapat empat orang di dalam kenderaan yang dinaiki Neelofa selepas selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin.

Mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, hanya tiga orang individu sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.

Bagaimanapun, bagi menjawab tuduhan tersebut, Neelofa melalui kenyataan di Facebook menjelaskan, beliau hanya menumpangkan peguamnya dari balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter.

“Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan sama.

“Kami telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini,” jelas beliau.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140215/BERITA/Semasa/Neelofa-perjelas-isu-empat-orang-dalam-satu-kereta