Kecoh jumpa king cobra bawah kerusi

Oleh MHDAILY

Kecoh jumpa king cobra bawah kerusi. Seorang lelaki bernasib baik apabila menyedari kehadiran seekor ular tedung selar atau dikenali ‘king cobra’ seberat kira-kira tujuh kilogram di bawah sofa rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ulu Bendul pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu disedari penghuni rumah berusia 40 tahun itu ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.20 tengah hari.

Baca Artikel Penuh