Kecoh inai keluaran Neelofa didakwa tidak mesra wuduk

Oleh MHDAILY

Kecoh inai keluaran Neelofa didakwa tidak mesra wuduk. Isu kualiti inai jenama Nunha milik selebriti popular, Neelofa kini tular dalam media sosial.

Dikatakan menjadikan kuku berwarna lebam seolah-oleh terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain, lebih memburukkan reputasi, produk pewarna kuku milik bekas pengacara MeleTOP itu didakwa segelintir pihak kononnya tidak mesra wuduk kerana tidak menyerap air.

Tampil bersuara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memberitahu pihaknya sangat memandang berat berkaitan isu mesra wuduk sepanjang proses pensampelan produk.

Baca Artikel Penuh