Kantoi !!! Saksi jelaskan secara terperinci bagaimana wang Zahid bernilai RM7.5 juta ‘dicuci’

Oleh MHDAILY

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa proses penukaran wang tunai berjumlah RM7.5 juta kepada 35 cek dalam kes Ahmad Zahid Hamidi adalah aktiviti ‘cuci duit’ daripada sumber yang meragukan.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Fahmee Mohamad Nor, 39, berkata ini berdasarkan siasatannya terhadap keseluruhan kes melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-95 itu berkata demikian pada hari ke-49 perbicaraan kes Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Baca Artikel Penuh