Kajian tunjuk nasi putih punca nombor satu diabetes di Asia

Kajian tunjuk nasi putih punca nombor satu diabetes di Asia

Kajian tunjuk nasi putih punca nombor satu diabetes di Asia. Kajian mendapati lebih 60 peratus penghidap diabetes dunia merupakan warga Asia dan pengambilan jumlah besar nasi putih menjadi punca utama epidemik penyakit tersebut.

Lapor portal thethaiger, beras putih dikisar serta digilap untuk menghilangkan lapisan luar yang kaya dengan nutrien dan kini berkait rapat dengan masalah diabetes yang semakin meningkat di benua ini.

Menjelang 2045, diabetes akan menjejaskan kira-kira 150 juta orang di Asia Tenggara, meningkat daripada 44 juta 20 tahun lalu.

Lebih daripada 90 peratus beras dunia dihasilkan di Asia dan setiap individu makan 78 kilogram setahun, lebih dua kali ganda berbanding rantau lain.

Beras putih hasil tinggi sangat penting untuk memerangi kelaparan global tetapi masalah kekurangan nutrisi dan kaitannya dengan diabetes jenis dua membawa kepada pencarian baka baharu beras kaya mineral.

Kajian tunjuk nasi putih punca nombor satu diabetes di Asia

Di kawasan luar bandar Sri Lanka, Pensyarah Universiti Colombo, Dr. Sirimal Premakumara menemukan pelbagai jenis padi yang ditanam selama berabad lamanya dan menghabiskan lebih 10 tahun mengkaji beras jenis coklat, ungu, merah dan pulut.

Jelas Sirimal, jenis-jenis beras itu masih ditanam dalam jumlah kecil oleh petani di Sri Lanka untuk kegunaan sendiri atau pasaran tempatan, tetapi hampir dilupakan di antara timbunan beras putih yang murah.

Menurut The Guardian, Premakumara sudah mendokumentasikan 300 jenis beras dengan sifat antidiabetes, antiradang dan antioksidan yang berpotensi penting untuk memerangi kelaparan global.

“Petanilah yang menyelamatkan bijirin tradisional ini. Kami memanggilnya beras ubat kerana mereka mendakwa ia seperti ubat dan kami hanya mahu mengesahkan dakwaan itu.

“Asia secara keseluruhan telah kehilangan beribu-ribu jenis beras berkhasiat melalui perindustrian pertanian padi dan beras putih sepanjang abad yang lalu,” katanya.

BACA:

Jutawan Arab ini ajar cara jadi kaya, rugi tak buat

Anggota JPJ dipuji bantu OKU, ‘tak rugi belajar bahasa isyarat’

“Dulu orang anggap gila, kini dia paling genius” – Rumah terapung ketika banjir

CATEGORIES