Anggota JPJ dipuji bantu OKU, ‘tak rugi belajar bahasa isyarat’

Anggota JPJ dipuji bantu OKU, ‘tak rugi belajar bahasa isyarat’

Anggota JPJ dipuji bantu OKU, ‘tak rugi belajar bahasa isyarat’. Kegigihan dan tindakan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) berurusan di kaunter menerima pujian ramai.

Berkawan baik dengan kawan OKU

Menerusi laman TikTok, anggota JPJ tersebut, Zulhairi Zamri, 23, memuat naik situasinya berkomunikasi dengan seorang lelaki OKU menggunakan bahasa isyarat di kaunter JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di TikTok.

Menurut Harian Metro, Zulhairi mendedahkan dia mempelajari bahasa isyarat menerusi buku pemberian daripada rakan baiknya yang juga seorang OKU bisu serta pekak iaitu Mohammad Hafis Izzuan Abdul Rahman.

Anggota JPJ dipuji bantu OKU, 'tak rugi belajar bahasa isyarat'

Selain dirinya, beberapa rakan sekampung serta abangnya juga mengambil inisiatif untuk mempelajari bahasa isyarat agar memudahkan untuk berkomunikasi.

Sering dipanggil ke kaunter

Menerusi video TikTok yang tular di media sosial, Zulhairi menjelaskan bahawa dia tidak bertugas di kaunter namun dirinya sering dipanggil oleh anggota di bahagian tersebut untuk memudahkan urusan yang melibatkan OKU.

Katanya, dia berasa gembira kerana dapat membantu lelaki tersebut dan mengeja setiap pergerakan jari agar mudah difahami selepas mengambil masa sebulan untuk menguasai bahasa isyarat.

Video

@khaizamri_ Alhamdulillah dapat bantu hamba allah yg kurang sifat untuk kenderaan perdagangan beliau ☺️ #jpjmalaysia ♬ suara asli – Hendra Atlantis

BACA:

Ini senarai nama 30 mangsa Batang Kali yang maut

Aida Khalida masih ‘bergetah’ walaupun di usia 65 tahun

Suami tikam saudara sendiri guna sabit, cemburu isteri teman pergi pasar malam

CATEGORIES