Populasi buaya di Sarawak cecah 180,000 undang keresahan penduduk

Oleh MHDAILY

Populasi buaya di Sarawak cecah 180,000 undang keresahan penduduk. Sarawak terkenal dengan buaya dan kejadian menggemparkan apabila penduduk dibaham buaya.

Buaya bagai berkeliaran mencari mangsa dengan ada yang dibaham tanpa berita.

Banyak pihak yang tertanya-tanya jumlah buaya di sungai-sungai di negeri ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Terdapat 180,000 ekor buaya di Sarawak berdasarkan kiraan bagi tempoh 2012 hingga 2015.

Populasi buaya di Sarawak cecah 180,000 undang keresahan penduduk

Timbalan Kontroler Hidupan Liar Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Engkamat Lading berkata, survei yang dilakukan dalam tempoh terbabit mendapati densiti populasi relatif buaya ialah lapan ke dua belas ekor bagi setiap kilometer (km).

“Ini memberikan purata densiti relatif sebanyak enam ekor bagi setiap km bagi sektor-sektor sungai yang diservei pada masa tersebut.

“Jarak sungai yang disurvei pada masa tersebut adalah sekitar 2,000 km,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Menurut Engkamat, tinjauan sebelum ini tidak dilakukan secara komprehensif tetapi lebih kepada densiti relatif per kilometer sungai-sungai disurvei.

“Kita membuat survei di sungai seperti di Barang Baram, Batang Sadong, Batang Samarahan, Sungai Seblak, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Sungai Lingga dan Batang Krian.

“Oleh itu, anggaran populasi pada sektor sungai yang disurvei adalah sekitar 12,000 ekor termasuk 10 hingga 15 peratus pemangsa pada masa-masa tertentu,” jelasnya.

“Bagaimanapun, masih terdapat sungai dan muara belum disurvei kerana terlalu jauh dan tidak dapat diakses menggunakan bot atau sebagainya,” tambahnya.

Katanya, diandaikan jarak sungai-sungai di Sarawak yang tidak dapat diservei 30,000 km, maka, anggaran populasi buaya di negeri ini adalah 180,000 berdasarkan pengiraan terus.

Jelasnya, populasi buaya wu jud hampir di kesemua sungai di Sarawak termasuk Sungai Bako, Sungai Santubung, Sungai Rambungan, Batang Rejang dan cabangnya dan lain-lain.

“Malah, ada kalangan buaya katak tersesat masuk ke ladang sawit, longkang dan kawasan berpaya.

“Ada juga laporan diterima mengenai buaya ini sering kelihatan di kawasan pedalaman seperti di Long San dan Lio Mato di hulu Batang Baram,” ujarnya.

Namun, menurut Engkamat, belum dapat dipastikan spesies buaya tersebut dan kajian lanjut akan dijalankan.

Katanya lagi, buaya jenis katak atau muara atau nama saintifiknya crocodylus porosus paling banyak di Sarawak.

“Jika di air tawar atau kawasan paya, buaya jejolong atau nama saintifiknya tomistoma schlegelii paling banyak ditemui.

“Tetapi, buaya ini tidak sebanyak buaya katak dan peratusan populasinya agak kurang,” ujarnya

BACA:

Tular video rider melayu naik motor tunjuk ‘anu’ depan anak dara

Selalu geletek anak, ibu kehilangan anak selepas bergurau macam ni – “sumpah aku menyesal..”