‘Jika boleh naikkan nama saya, tak salah cuba’, ini respon Sophia Albarakbah bila diminta berlakon jadi mangsa rogol
Pelakon Sophia Albarakbah mengakui bahawa dia merasa takut dan gementar
Apabila diminta untuk melakonkan watak mangsa rogol dalam filem Jiwa 8 Belas yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 18 Januari ini.
Dalam temu bual bersama Oh! Bulan, Sophia mendedahkan bahawa perasaan takut itu muncul kerana pada masa tersebut, dia masih baru dalam industri seni.
Filem Jiwa 8 Belas ini dipercayai menjadi penampilan sulung Sophia sebagai pelakon. Dia berkongsi perasaan kegelisahan semasa penggambaran pada tahun 2018, di mana dia dan krew lain yang terlibat dalam filem itu masih baru dalam dunia seni.
“Saya benar-benar takut dan gementar. Semasa penggambaran pada 2018, saya masih baru dan tidak tahu bagaimana untuk beraksi dalam babak tersebut. Semua pelakon dalam filem itu juga masih baru, jadi kami perlu berbincang dengan rinci untuk memastikan adegan itu berjaya, tetapi dengan bantuan kru, pengarah, dan rakan pelakon, saya berasa lebih selesa. Saya cuba yang terbaik untuk melakonkannya,” katanya.
Pelakon berusia 30 tahun ini juga memberitahu bahawa dia kini tidak keberatan untuk menerima atau melibatkan diri dalam babak seumpama itu jika diberi tawaran.
“Mungkin saya akan pertimbangkan terlebih dahulu. Jika skrip itu baik dan dapat meningkatkan nama saya sebagai pelakon, tidak ada salahnya untuk saya mencuba,” tambahnya.
Sebelum ini, Sophia Albarakbah pernah menyatakan kepenatannya dengan pelbagai kontroversi dan kritikan negatif yang dihadapinya.
BACA: Suami tuduh aku curang, tapi sedangkan ada bukti suami skandal dengan budak pejabat aku