Selepas serang Israel, Presiden Iran pula hilang

Operasi penyelamatan yang besar sedang dilaksanakan selepas sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran,

Ebrahim Raisi, terpaksa melakukan “pendaratan kecemasan” di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara Bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur

ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Penduduk tempatan dilaporkan mendengar “bunyi” di wilayah itu tidak lama selepas itu, menurut koresponden IRNA.

Selepas serang Israel, Presiden Iran pula hilang

Baca Artikel Penuh