JAWI benarkan 500 jemaah solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan

Oleh MHDAILY

Jumlah jemaah bagi Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ditingkatkan kepada 500 orang berkuat kuasa esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu diputuskan pihaknya yang mana sebelum ini had jemaah bagi Solat Jumaat bagi Masjid Wilayah Persekutuan adalah seramai 300 orang.

Beliau berkata, ketetapan baharu itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca Artikel Penuh