“Jangan campur masalah peribadi atas pentas”, Awie kata dekat Noh?

Oleh MHDAILY

“Jangan campur masalah peribadi atas pentas”, Awie kata dekat Noh? Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie, menyeru penyanyi rock agar tidak menggunakan lesen genre itu untuk berkelakuan tidak senonoh ketika membuat persembahan di atas pentas.

Itu ‘beruk’

Kata Awie, 53, rockers masih perlu menjaga adab dan bukannya beranggapan genre muzik keras boleh melampaui batas.

Memang genre muzik rock itu keras selain memiliki kategori tertentu macam punk rock, death metal dan sebagainya, tetapi kita jangan jadi generasi tak bertamadun.

Kita di Malaysia, membudayakan kelakuan yang tidak baik itu tak seharusnya diamalkan. Janganlah ambil yang negatif atau buat perkara aneh.

"Jangan campur masalah peribadi atas pentas", Awie kata dekat Noh?

Kalau berkelakuan aneh itu siapa? Sebenarnya banyak beza antara bintang rock dengan ‘beruk’. Kalau ‘beruk’, begitulah agaknya. Rockers tak begitu.

Adab budaya kita orang Melayu sangat tinggi. Biadab itu bukan orang Melayulah. Kita ini walau rock macam mana sekali pun biarlah beradab.

Awie berkata demikian selepas sidang media Konsert Wings ‘Naga Kramat’ yang diadakan di Ancasa Hotel, pada Selasa.

Konsert Wings ‘Naga Kramat’ anjuran MW Mega dan Awie Entertainment akan berlangsung pada 22 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket-tiket konsert sudah mula dijual secara atas talian mengikut kategori bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama) di www.ticket2u.com.my/nagakramat.

Jangan tunjuk ‘rebel’

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Azhar Othman mengingatkan mana-mana artis supaya tidak membawa sekali masalah peribadi naik ke atas pentas.

Kata penyanyi otai itu, sekiranya ingin diluahkan biarlah dilakukan menerusi penulisan lirik atau muzik.

Saya sudah 37 tahun menyanyi. Kalau ada masalah peribadi, jangan kita ‘hentak’ di atas pentas dan biarkan orang tahu. Kalau kata mahu tunjuk ‘rebel’ bukan di hadapan penonton, nanti satu dunia tahu.

Bukan tak boleh luah, tetapi zahirkan perasaan atau situasi tersebut menerusi penulisan lirik atau muzik. Berkaryalah selagi tidak mendatangkan mudarat. Karakter yang ada juga sudah cukup membangunkan band.

Kasihanlah pada mak ayah yang melahirkan dan mendidik kita dengan adab, sopan, ajar mengaji dan belajar, tetapi tiba-tiba kita hancurkan dan jadi begitu, kenapa?

Bagaimanapun, Awie menyatakan pesanan itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya sekadar peringatan kepada semua.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang vokalis kumpulan indie rock meludah di pentas semasa membuat persembahan konsert, baru-baru ini.

Perbuatan penyanyi itu mencetuskan pelbagai reaksi peminat yang beranggapan tindakannya itu tidak mencerminkan budaya tempatan.

BACA:

Norjuma terima notis bangkrap, ini perkara sebenar terjadi

Laporan dedah kualiti jalan raya Malaysia antara yang terburuk, paling bahaya di dunia

Pengurus Noh Hujan kata artis itu ludah ke pentas, bukan penonton