Isu backlog kes kematian harian Covid-19, akhirnya Najib bersuara

Surat

Kenapa lapor angka kematian Covid-19 yang jauh di bawah angka sebenar selama berbulan-bulan lamanya?

Itu persoalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu backlog jumlah kematian yang masih terpapar di data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, mengikut KKM, jumlah kematian Covid sebenar dari 592 yang dilaporkan semalam adalah 100, sementara selebihnya adalah daripada tunggakan data atau backlog yang sedang dikemaskini.

Minggu lepas, katanya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga pernah memberi gambaran bahawa wujudnya angka kematian tertunggak yang agak besar terutama di Lembah Klang sebelum pihaknya mengemaskini data backlog kematian.

Isu backlog kes kematian harian Covid-19, akhirnya Najib bersuara

Menurut Najib, mengikut graf yang diberi oleh laman CovidNow milik KKM, jumlah kes kematian yang dilapor setiao hari (garis biru) pada bulan Julai dan Ogos sebelum kerajaan tukar adalah jauh di bawah angka kematian sebenar (garis hitam).

“Jadi, persoalannya ialah kenapa ini boleh terjadi?” soalnya.

Najib berkata, sejak Mei lalu, Malaysia sudah menjadi antara negara dengan kadar kes baharu dan kadar kematian baharu paling tinggi dalam dunia.

“Sekiranya masih ada jumlah kematian tertunggak yang masih tidak dilapor, maka harap angka ini akan dikemaskini secepat mungkin agar rakyat lebih yakin dengan keadaan semasa Covid yang sebenar,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/12/kenapa-masih-lapor-angka-kematian-covid-19-jauh-di-bawah-angka-sebenar-najib/

BACA JUGA : Kecoh laman web KKM siar kematian harian 592 kes, ini penjelasan sebenar