Isteri nekad panjat kereta tangkap suami curang

Oleh MHDAILY

Isteri nekad panjat kereta tangkap suami curang. Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.

Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.

Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.

Isteri nekad panjat kereta tangkap suami curang

Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.

Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.

“Walaupun beremosi, masih tetap tenang,” komen netizen lain. – Agensi

BACA:

Hanya 3 minit cara buat susu pekat manis sendiri, mudah sangat!

Lelaki Kelantan hina Islam dan Nabi positif dadah, kini ditahan Polis

KWSP 2.0: Ini cara untuk anda buat tuntutan pengeluaran