Isteri aku bijak jadikan sayur kangkung jadi 3 jenis lauk, anak-anak tak tahu happy je makan…”

Kesusahan menjadikan seseorang itu lebih cekal mengharungi ujian hidup. Orang yang tidak mengeluh dengan ujian yang menimpa sesungguhnya seorang insan yang sangat hebat. Ikuti kisah ini.

Salam warga Facebook. Terima kasih admin sudi siarkan coretan abang untuk jadi kenangan dan pengajaran untuk semua.

Abang dah 56 tahun. Waktu umur 19 tahun, abang bagitahu arwah mak dan abah, abang nak kawin.

Isteri aku bijak jadikan sayur kangkung jadi 3 jenis lauk, anak-anak tak tahu happy je makan…”

Waktu tu semua menentang sebab tak suka calon isteri abang, keturunan negeri lain. Dan abang muda lagi waktu tu. Sebab degil nak kawin, abang masuk tentera. Cinta hati abang waktu tu berumur 17 tahun dan tidak bersekolah habis. Maksudnya ada SRP jelah.

Tapi rajin cari rezeki. Apa saja depan mata dia ambil buat rezeki. Kahwinlah kami dengan majlis sederhana. Ramlah, isteri abang anak yatim piatu. Pakcik dia lah yang suruh abang pinang kalau ikhlas, sebabnya anak-anak pakciknya semua lelaki. Dan membesar. Tak manis kalau Ramlah duduk sekali dengan anak-anak lelakinya.

Baca Artikel Penuh