Iphone 14 tak dapat sambutan, Apple terpaksa kurang 6 juta unit

Oleh MHDAILY

Iphone 14 tak dapat sambutan, Apple terpaksa kurang 6 juta unit. Seperti yang kita sedia maklum, Apple menggunakan strategi pemasaran baharu dalam penawaran siri iPhone 14 versi biasa dan Pro. Pada kali ini, versi Pro diberikan lebih banyak kelebihan berbanding versi biasa sekaligus memberi kesan kepada penjualan kedua-dua segmen tersebut.

Menerusi laporan Bloomberg, Apple telah memaklumkan kepada pembekal untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sehingga enam juta unit oleh kerana tidak menerima sambutan yang diharapkan.

Perkara ini terbukti kerana penawaran iPhone 14 Pro mengambil masa lebih lama untuk beberapa pasaran.

Baca Artikel Penuh