Anwar sahkan akan bertanding di kerusi pengkhianat, Ampang atau Gombak?

Oleh MHDAILY

Anwar sahkan akan bertanding di kerusi pengkhianat, Ampang atau Gombak? Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan bertanding di mana-mana kerusi yang disandang oleh ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ia sekali gus memberi bayangan bahawa Ketua Pembangkang itu kemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi Port Dickson yang disandang olehnya.

“Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk.

“Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” katanya kepada pemberita pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di sebuah hotel, di sini malam ini.

Anwar sahkan akan bertanding di kerusi pengkhianat, Ampang atau Gombak?

Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding atas tiket PKR pada PRU14, bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut mengikut langkah Ahli Parlimen Gombak itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menang kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti sebanyak 23,560 undi, menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Oktober 2018.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

BACA:

Mohammed Salman dilantik Perdana Menteri Arab Saudi

Noraniza Idris ukir sejarah baru dalam Malaysia Book Record

Sisi gelap gadis ‘begitu shulit lupakan raihan’ jadi tular, dakwa dah 16 kali mengandung