Ini respon ‘padu’ Fizo Omar selepas Mawar Karim didakwa diisytiharkan muflis

Oleh MHDAILY

Ini respon ‘padu’ Fizo Omar selepas Mawar Karim didakwa diisytiharkan muflis. SELEBRITI dan usahawan muda, Fizo Omar mengakui antara punca dirinya diuji Allah dan berdepan masalah bankrap disebabkan ‘lupa diri’ dan tidak menjaga amalan zakat.Begitupun, dia melihat masalah bankrap dihadapinya itu sebagai proses pembelajaran dan mula belajar mengenai impak zakat dalam perniagaan.

Fizo berkata sewaktu ditemui pada majlis pelancaran buku terbarunya Bangkit Bila Bankrap di Pesta Buku Antarabangsa, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Dia turut menjelaskan kisah serta kesan akibat memandang remeh ibadah zakat yang menjadi bab paling digemari dalam buku ditulis sendiri itu.Menceritakan proses panjang selama 13 bulan diambil menghasilkan Bangkit Bila Bankrap, Fizo berkata waktu itu isterinya Mawar Karim sedang sarat mengandung Wan Mariam.
“Biasalah bila isteri mengandung banyak ragam dan kehendak yang perlu didahulukan. Dalam waktu sama saya harus menjelajah 100 lokasi memberikan ceramah motivasi,” katanya.

Baca Artikel Penuh