Ini petua supaya kain buruk anda jadi bersih, pasti berkesan! Kebiasaannya, penggunaan kain buruk paling banyak digunakan oleh pengusaha kedai makan untuk memastikan kebersihan premis dan keselesaan pelanggan terjaga.
Lambakan kain buruk yang kotor kalau tidak dicuci setiap hari boleh mengundang pembiakan bakteria.
Jadi, kotoran degil seperti minyak susah dicuci? Sudah puas merendam dan menggosok tapi kotoran masih ada?
[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Jangan risau lagi! Mungkin anda boleh guna tips yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail di bawah ini.
Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor.
Bahan:
- Clorox
- Pencuci kain
Cara-cara:
1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit.
2. Selepas itu, basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.
4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox, putar lagi beberapa minit.
5. Masuk dalam pengering balik.
6. Angkat dan bilas macam biasa.
7. Keringkan dan jemur.
Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumah tangga dan kain buruk untuk meniaga. Ini Kak Ida tunjuk cara basuhnya.
Sharing is caring! LOVE FROM KAK IDA.
Nota: Dulu dah share hari ini share balik tips nak basuh kain buruk atau kain lap lap yang kotor.
Walaupun, kaedahnya memerlukan penggunaan banyak masa dan pengulangan. Namun, untuk memastikan kebersihan benar terjaga tidak salah jika mencuba dan meluangkan waktu.
Barulah pelanggan yang melihat tidak merasa geli, meja tidak melekit dan tidak berbau busuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Zuraidah Ismail
Baca:
Tular lelaki terima jantung babi bulan lepas, akhirnya meninggal dunia
“Buat video ajar orang tapi diri sendiri bodoh”, teruk akak cantik ni kena kecam
“Pergi Makkah buat umrah terus tinggal sana, selamat jalan ayah..”
[/bg_collapse]