“Ini bukan kes bunuh, jadi tidak perlu lah sangat sangat serius”, Ustaz Wadi dan Peguam derhaka Raja Perlis?

“Ini bukan kes bunuh, jadi tidak perlu lah sangat sangat serius”, Ustaz Wadi dan Peguam derhaka Raja Perlis?

Adakah Peguam Ustaz Wadi Anuar dan Ustaz Wadi Anuar Cuba Menderhaka Raja Perlis?

Dalam post Ustaz Wadi Anuar dan kenyataan daripada lawyer beliau, kami dapat fahami bahawa pihak JAIPs tidak mengizinkan lawyer Ustaz Wadi berada bersama.

"Ini bukan kes bunuh, jadi tidak perlu lah sangat sangat serius", Ustaz Wadi dan Peguam derhaka Raja Perlis?

Kami ingin bertanya kepada pihak Ustaz Wadi, berdasarkan apa yang termaktub bahawa antara syarat bagi seseorang peguam yang hendak mewakili anak guam dalam Mahkamah Syariah di sesebuah negeri, hendaklah peguam berkenaan mempunyai kelulusan bagi melayakkan beramal di mahkamah Syariah di negeri tersebut. Ini standard di setiap negeri dalam negara kita.

Soalan kami, adakah lawyer Ustaz Wadi Anuar ini lawyer yang mempunyai kelayakan pengamal undang-undang Syariah di Perlis atau sebaliknya? Apa bukti kedua-dua lawyer itu pengamal undang-undang Syariah di Perlis?

2. Kami ada melihat, ada kenyataan seolah-olah merendahkan titah Tuanku Raja Perlis oleh pihak lawyer Ustaz Wadi menurut kefahaman dan pandangan kami.

Lawyer Ustaz Wadi Anuar berkata mafhumnya menurut kefahaman kami:

“Ini bukan kes bunuh, JADI TIDAK PERLU LAH SANGAT SANGAT SERIUS. Bukan saya kata isu tauliah ini tak serius, tapi kesalahan ini bukanlah kesalahan bunuh”

{boleh tengok video penuh kenyataan beliau untuk lebih tepat}

Kami terkejut dengan kenyataan seperti ini. Wajarkah bagi seseorang lawyer mengeluarkan kenyataan seperti ini? Adakah boleh kita katakan kenyataan ini sebagai derhaka kepada Tuanku Raja Perlis? Sedangkan kewajiban tauliah adalah titah Raja Pemerintah di Negeri Peris.

Tuanku Raja Perlis bertitah:

“Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh seluruh rakyat yang Beta kasihi adalah KEWAJIBAN penceramah agama Islam mendapatkan tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam selaras dengan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (EPAI) 2006.

“Kegagalan mematuhi perkara ini tertakluk kepada Seksyen 110 EPAI berkaitan kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah dan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991,”

Persoalan Yang Perlu Dijawab:

– Adakah pihak Lawyer Ustaz Wadi merupakan pengamal undang-undang Syariah diiktiraf di Perlis?

– Adakah boleh kita katakan bahawa Ustaz Wadi dan Lawyer beliau cuba merendahkan titah Tuanku Raja Perlis berkaitan isu tauliah?

*Soalan ini kami ajukan kepada lawyer Ustaz Wadi. Jika penyokong Ustaz Wadi hendak tolong jawab pun boleh. Selalunya jawapan dan komen dari peminat Ustaz Wadi agak mengecewakan

BACA:

Ini kronologi mudah faham kes saman fitnah Ustaz Ahmad Dusuki dengan Dr Mujahid Yusof Rawa

Kenapa suami orang macam ‘goreng pisang panas’ jadi buruan wanita bujang, para isteri perlu pantau gerak geri suami!

Kes covid-19 meningkat, KKM cadang wajibkan pemakaian facemask