Ini bangunan terbengkalai sampai sekarang di Putrajaya punca kerajaan rugi dekat RM1 billion!

Oleh MHDAILY

Ini bangunan terbengkalai sampai sekarang di Putrajaya punca kerajaan rugi dekat RM1 billion! Kerajaan dianggarkan rugi RM812.91 juta daripada pembangunan ibu kota pentadbirannya Putrajaya dengan sebahagian besar iaitu RM799.34 juta, disebabkan projek monorel yang ditangguhkan pada 2004, menurut laporan terkini Ketua Audit Negara.

Daripada jumlah wang yang dibelanjakan untuk projek monorel itu, kira-kira RM797.18 juta digunakan untuk pembangunannya, manakala RM2.16 juta lagi untuk penyelenggaraan terowong bagi projek itu yang tidak pernah digunakan, kata Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 yang dikeluarkan pada 16 Februari 2023.

Komponen lain termasuk tidak menggunakan depoh bas di Presint 14 (RM12.21 juta) dan variasi penggunaan infrastruktur Park and Ride di ibu kota pentadbiran persekutuan (RM1.36 juta).

Baca Artikel Penuh