HFMD : Kes di KL dan Putrajaya naik 14 kali ganda

Oleh MHDAILY

HFMD : Kes di KL dan Putrajaya naik 14 kali ganda. Kes jangkitan Tangan, Kaki dab Mulut (HFMD) di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan peningkatan sebanyak 14 kali ganda pada Minggu Epidemiologi (ME) 20/2022 berbanding pada tahun lalu iaitu ME yang sama.

Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Dr. Nor’ Aishah Abu Bakar berkata, sebanyak 6,197 kes HFMD direkodkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada ME 20/2022 iaitu pada 21 Mei berbanding 403 kes pada ME sama tahun 2021.

“Manakala jumlah kes mingguan dilaporkan pada ME 20/22 adalah 1,163 kes berbanding 1,138 kes pada ME19/2022 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 2.2 peratus.

Baca Artikel Penuh