Hati-hati ! Scammer guna taktik curi maklumat peribadi melalui parcel

Ketika ini, rata-rata rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah secara ‘online’ kerana lagi murah dan dan hanya perlu tunggu di rumah untuk menerima barangan tanpa perlu bersesak-sesak.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa anda turut berisiko dijadikan ‘target’ para penipu. Tidak percaya? Pada setiap bungkusan yang anda terima, pastinya mengandungi maklumat peribadi anda seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Boleh sahaja, para ‘scammer’ mengutip maklumat peribadi anda jika anda tidak buang dengan sebaiknya. Pastikan anda tidak membuang bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi anda ditempat awam agar maklumat berkenaan tidak digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Malah, baru-baru ini tular video lakonan yang menunjukkan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi pada bungkusan barangan. Taktik tersebut kemungkinan pernah dilakukan dan anda mungkin menjadi mangsa seterusnya.

photo_2020-12-17_12-53-16

photo_2020-12-17_12-53-17

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Dato’ Zainuddin Yaacob mengatakan mana-mana pihak yang membeli barangan secara atas talian dan menghantarnya ke rumah haruslah berhati-hati semasa menerima barangan tersebut.

Ketika, tiada laporan polis berkaitan kes seperti ini tetapi pihak polis memberikan jaminan untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat akan dilaksanakan sekiranya kes seperti ini dilaporkan.

Berita penuh : https://www.thevocket.com/curi-maklumat-peribadi-melalui-parcel-ini-taktik-scammer-untuk-jadikan-anda-mangsa/

COMMENTS

Wordpress (0)