Hanya individu lengkap vaksin boleh naik penerbangan AirAsia

Oleh MHDAILY

Hanya individu lengkap vaksin boleh naik penerbangan AirAsia.Sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia hanya akan menerima pelanggan dewasa yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, berkuat kuasa serta-merta.

Para pelanggan di bawah umur 18 tahun yang belum divaksin atau mendapat vaksinasi sepenuhnya mestilah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah divaksin sepenuhnya.

Ini adalah sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 oleh AirAsia untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para tetamu dan kakitangannya.

Baca Artikel Penuh