Hanya guna live streaming, Lelaki ini berjaya buat jualan RM1.25 Billion dalam masa 12 Jam

Oleh MHDAILY

Seorang lelaki di China yang diberi jolokan ‘King of Live Streaming’ mampu mencapai jualan AS$305.7 juta (RM1.26 bilion) dalam masa 12 jam menjual pelbagai produk di laman penstriman Kuaishou.

Menurut laporan Oddity Central kelmarin, Xin Youzhi atau dikenali sebagai Xinba menghabiskan sehingga 12 jam mempromosikan pelbagai produk termasuk syampu dan telefon bimbit kepada lebih 40 juta penonton.

Di penghujung siaran, Xinba mencatat jualan berjumlah RM1.26 bilion yang menewaskan jumlah keseluruhan jualan gedung beli belah Times Square di Causeway Bay, Hong Kong yang mencatat jualan yang lebih rendah bagi sepanjang 2020.

Baca Artikel Penuh