Hadi percaya Majlis Raja-Raja buat keputusan berasaskan taklimat pakar

Oleh MHDAILY

Pas percaya bahawa kesepakatan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja baru-baru ini diputuskan selepas mendengar taklimat daripada semua pakar yang terlibat dalam menguruskan pandemik COVID-19.

Selain itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Raja-Raja juga mengambil maklum berkenaan segala kesan sampingan yang mengganggu kehidupan rakyat secara keseluruhannya.

Kenyataan Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang itu menyusul selepas Raja-Raja Melayu antaranya sependapat bahawa tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.

Baca Artikel Penuh